Posts

Showing posts from May, 2016

Mohon

Image
Lama. Ditenung  screen laptop maroon milik brokedua. Laptop pinjam. Laptop sendiri dah lama koma dekat hospital , sama koma macam tuannya ( punya iman ) . Phew. Ada orang kata Kalau setakat hidup normal , hidup bangun pagi , mandi , makan , pergi kelas , balik kelas , makan lunch , duduk bilik , siapkan assignment , hantar assignment, pergi kelas, dan sambung rutin yang sama . Untuk yang keberapa kali ya ? Entahla. Tak terkira bilangannya . Kalau setakat hidup untuk bekerja , bekerja untuk makan , hidupan-hidupan lain juga buat benda yang sama. Lalu apa yang membezakan kita ? Apa yang memanusiakan kita ? “ ........” Hati ini perlukan makanan , makanan hati ialah ilmu , Hati ini perlu ubat, maka ubatnya ialah istighfar Hati ini perlu teman , maka temannya ialah al quran    Term yang sama . Terulang berkali kali terulang , malangnya aku lupa. Heh. *** Orang kata, hati itu perlu hidup , iman itu perlu naik . Walaupun hakikatnya naik turun iman  itu perkara biasa