Mohon

Lama. Ditenung  screen laptop maroon milik brokedua. Laptop pinjam. Laptop sendiri dah lama koma dekat hospital , sama koma macam tuannya ( punya iman ) . Phew.
Ada orang kata
Kalau setakat hidup normal , hidup bangun pagi , mandi , makan , pergi kelas , balik kelas , makan lunch , duduk bilik , siapkan assignment , hantar assignment, pergi kelas, dan sambung rutin yang sama . Untuk yang keberapa kali ya ? Entahla. Tak terkira bilangannya
.
Kalau setakat hidup untuk bekerja , bekerja untuk makan , hidupan-hidupan lain juga buat benda yang sama. Lalu apa yang membezakan kita ? Apa yang memanusiakan kita ?

“ ........”

Hati ini perlukan makanan , makanan hati ialah ilmu ,Hati ini perlu ubat, maka ubatnya ialah istighfarHati ini perlu teman , maka temannya ialah al quran  
Term yang sama . Terulang berkali kali terulang , malangnya aku lupa. Heh.

***
Orang kata, hati itu perlu hidup , iman itu perlu naik . Walaupun hakikatnya naik turun iman  itu perkara biasa sebab kita manusia. Hahaha cliche.
Iman yang turun, sampai bila mahu biar ia merudum ? Jatuh dan jatuh hingga terjahit di kaki bumi ?
Erm . Tahla .
Sakit bila hati jauh dari ALLAH , tapi aku risau , bila dah selalu sakit, aku jadi ter-immuned. Jadi kebas. Lalu , rasa sakit bila berjauhan dengan tuhan itu menjadi kebiasaan. Aku takut.
Takut iman lumpuh. Takut hati lompong. Cukuplah sekali rasa payah nak kikis karat jahiliyah. Tak sanggup nak rasa lagi.
Tak sanggup. Tapi hakikatnya memang kita sedang menjatuh. Bukan kita, tapi aku.
Nak bangun, macam dulu . Kalian , bantu aku ?


Tolong ...

9:39pm | timeless

Comments

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.