Merapu.

Saya @f0d2b selaku saya ingin memohon maaf di atas segala salah silap yang telah dilakukan , segala salah cakap,  tinggi suara dan segala kesakitan yang berpunca dari saya.

Ramadhan, alhamdulillah masih berkesempatan kita bertemu walaupun pertemuan lepas aku layan kau macam gampang. Alhamdulillah, rezeki Allah beri untuk aku bertemu ramadhan lagi . aku dan kita. kan?

Alhamdulillah masih bernafas walaupun kadangkala kita masih berkira kira nak hidup kerana DIA. 
Alhamdulillah masih bernafas walaupun hakikatnya ada atau tidak kita di dunia ini sama sahaja. Tak mendatangkan kebaikan ( ataupun kurang?) . oleh itu berusahalah ! 

Do deeds till you die .

Alhamdulillah masih sihat-- setakat batuk sikit tu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan mereka yang perlu hidup berbantukan mesin penyambung hayat. 
Syukur.
Hidup perlu bersyukur, orang kata.

Alhamdulillah sebab hati masih hidup walaupun dah berapa kali ditinggal merata . Tak reti nak jaga. heh. Hati ada satu , maka jaga elok elok. 

Hati ada satu , satu itu untuk Allah --- kata artikel buku sinergi .

okay..

***
Aku tulis pasal aku. Apa aku rasa. Tak kesah la apa engkorang judge. Itu hak kalian. Tapi kalau ada salah silap mohon perbetulkan, sebab aku bukan budak agama, bukan ahli syurga , tapi teringin nak masuk syurga. Ehh dah, merepek pulak .

k, masuk topik.


Bila kau ajak or suruh orang buat something , dan orang reply "InsyaAllah"
kau rasa dia betul betul serius tak nak tunaikan apa yg dipinta tu?

Kalau aku, kalau akulah , bila kita dah janji dengan "InsyaAllah" tu, maksudnya kita betul betul serius, nak atau tak , kita akan sedaya upaya akan cuba pastikan apa yang kita janjikan tu, dapat ditunaikan.Like.. bukan setakat cakap "InsyaALLAH" sebab kita 'rasa nak taknak' je buat benda tu, takpun kita cuma sebut insyaALLAH, sebab kita tak rasa kita 'mungkin' akan buat atau mungkin taknak buat.

Guna alasan
"kalau Allah tak izin, tak jalan jugak kerja."Padahal kita sendiri memang malas nak hadap 'janji' tu. So ambil langkah mudah sebut InsyaAllah sebagai tanda kita tak sure lagi nak buat ke tidak (those promises)


Yes. memang kalau Allah tak izinkan, memang kerja takkan menjadi , tapi bila kau dah berjanji dengan nama Allah , guna perkataan insyaALLAH, aku rasa ada perlunya kau usaha sehabis mungkin, buat sungguh sungguh , cuba sedaya mungkin untuk penuhi janji yang kau 
'InsyaALLAH '- kan tu.

I mean , bila kau dah janji , buat lah sungguh sungguh. janji kan?
Takkan nak guna nama Allah semata mata untuk janji sesuatu yang kau taknak tepati kut?

Faham tak apa yg nak disampaikan ni? faham tak? kalau tak faham tanya. Aku taknak femes tetiba sebab sebar benda salah . hahaha pfft .

okdah.


Lain kali, bila berjanji , ada baiknya kau sebut insyaALLAH , bukan kau, aku pun sama.Sebut bukan sebab kita rasa kita taknak buat apa yg dijanjikan tu, disebabkan kita nak jaga hati, maka kita pun sebut insyaALLAH . Tak weh.Tak.  Kau berjanji " dengan izin Allah".  Maka tepatilah janji tu . Kalau rasa tak boleh tunaikan janji, maka jangan berjanji. S i m p l e .

So, tu je kut, aku nak final , doakan aku . doakan aku mampu jawab soalan dunia , soalan kubur pun sama. eh? kthanks. Oh lagi satu , jangan judge orang melebih, sebab kita bukan tuhan, kita tak pegang syurga neraka

okay, jaga diri. bye.

5/6/2016 | 9.47
rindu an ayie sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.