SPMR

" i swear tonight i won't cry weh, i swear ahaha ! " Yer yer aje. yakin sungguh. By the way malam tu malam mohon restu, before taking a big exam , benda ni benda biasa. mintak maaf-mintak restu-doa for each other-alah biasalah.
Bulatan besar dibuat, kelilingi volleyball court maktab, betul betul depan dewan dan dewan makan. Aku diri sebelah Ash.Batch by batch, semua dah settle salam peluk cium mintak maaf. Halah biasalah, perempuan..

Rasanya dah habis salam semua orang kecuali Ash. Aku cari dia. Ouh ha kat sana.langah diambil, takdalah jauh mana. Depan mata je kut.

woi budak !
Dia toleh pandang aku. Terus aku peluk dia, tahla sejak busy dua tiga minggu ni, rasa macam takda masa sangat nak spend together.

" erm. goodluck exam, goodluck in everything." jeda. Aku diam sementara, nak kumpul kekuatan untuk ayat seterusnya.

" Doakan aku berjaya sama. jangan lupa aku walaupun ditakdirkan nanti kita dah tak sama haluan hidup. doakan aku tau. weh ?  " tak yakin sama ada tahun seterusnya aku dapat bersama lagi ataupun tidak. Basah bahu Ash, tak perasan pulak aku menangis masa cakap benda macamtu. Elele sangat tak perasan konon.

Bukan apa, tak sanggup kalau nanti kalau hanya tinggal aku seorang saja yang tak dapat teruskan perjalanan aku di situ. Risau aje kalau nanti aku seorang yang tercicir. Sebab kat sini, kalau aku  failed, aku tak boleh sambung belajar kat sini. aku bukan budak brilliant kut, result exam aku biasa biasa , Tak sama macam Ash, budak four flat. Malam malam aku ditemani ash, cikgu math a.k.a budak kecik aku. Yes memang rapat gila dengan Ash yet i couldn't even find the another her till now.

***
haha tu cerita lima tahun lepas, zaman budak budak aku. Namun macam mana sekalipun jauh aku dewasa, aku yang dulu takda banyak bezanya dengan yang sekarang.

Sentiasa overly attached dengan makhluk sampai tak sanggup nak hilang mereka mereka yang aku sayang. Macam biasalah,

Kita selalu sangka mereka--kita punya.
Lupa segala apa yang ada di  langit dan dibumi itu hanyalah milik tuhan.
Sampai kita tak sanggup ditinggalkan.
Sampai kita tak sanggup nak melepaskan hatta sudah sampai masa untuk kita terima takdir dari tuhan
Lawak je.
kita mungkin lupa yang satu hari nanti kita tetap bakal ditinggal sendirian. Yang tingal teman hanya amal amal picisan. Kita lupa lagi.
Kita lupa lagi, tanggungjawab kita dengan tuhan.
Tanggungjawab kita dengan kesayangan.
Bukankah tegur jika salah itu satu  kewajipan, lalu mengapa kita ketepikan ?
entah.
Pelupa tahap sangat sangat agaknya.
***
Gais,ini baru 'jatuh dunia'. Ini baru jatuh dunia. Bayangkan nanti kalau di akhirat sana kau dan aku jatuh? sambil melihat orang lain tenang berjalan ke syurga di hadapan sedangkan kaki disini masih terjepit pada akar akar neraka?ah tak sanggup.

Aku nak  mintak satu ni, andai satu hari kau orang tak jumpa aku di syurga, tolonglah cari aku di mana mana. Bawa aku ke tempat sepatutnya. Ya?
Kerana sayang ini bukan sayang picisan. Pertalian ini bukan pertalian murahan. kita sayang kerana Tuhan. Semoga akhirnya semua pergi bertujuan.
Tujuan syurga.
Jangan lupa,
Cari aku ya ?
***
Elele,nanti lepas SPM mesti nangis golek golek en , sebab rindu kami ? hahaha
"eleh tak maknanya nak rindu . puii. "ceh.tak rindu sangat !

20/11/2016| 16:52
towards final.fi hifzillah semuaorang :) 


Comments

Popular posts from this blog

Lyubov.

8June