peluang

"Treett..treet." Pendek dan nyaring namun jelas kedengaran nada di telefon menandakan ada yang memanggil entah dari mana. Iman jawab telefon,

" Ha ye..?"
Man, taknak balik ke ? aku dah nak habis cuti ni. Pendek Eya menutur. Ringkas. Tapi itulah tuturan terakhir eya  dengan Iman. Sebelum Eya kemalangan. Sebelum dia ketemu Tuhan.

***

Tahla wei, banyak je panggilan yang kita dapat, tapi tak semua terjawab. Banyak kali je kita biar peluang tunggu kita sampai satu masa peluang tu habis disapu masa.

Peluang nak berjaya, peluang nak berubah, peluang nak bergerak dari satu point ke point yang baru. Contohnya.

Andaikata peluang terakhir kita baru saja lenyap tadi, agak agak kita nak mintak dekat Tuhan lagi tak untuk peluang seterusnya?
Yelah .. peluang kan sentiasa ada selagi mana nyawa masih terikat dibadan. Kalaulah Tuhan tak ciptakan peluang taubat, rasanya dah tentu tentu kita tahu dunia seterusnya kita dekat mana---neraka.
nauzubillah.

Tapi hidup ni peluang. Nafas yang kita hela lagi dan lagi jugak peluang. Kalau la kita tak manfaatkan peluang yang ada sekarang. Agak agak satu hari nanti ada lagi tak peluang untuk kita?

Entahlah, tanya jela dekat yang maha penyayang.



21/08/17
0:55 | isnin


sebenarnya, rindu nak jadi macam dulu. At least dulu aku tak seteruk  aku sekarang.


Comments

  1. Result lps hisab so selagi hidup ni buatlah sebaiknya. Peluang yg pergi akan kembali dalam bentuk lain so kita kena la aware. Tabahlah & buat yg terbaik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Update

FEBRUARY24

ImAef ver.